Monday 21 July 2014

Ringkasan Tanda2 Sebelum Kematian

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, janji Allah itu pasti.
Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan Allah sengaja jadikannya bersebab sebagai pedoman hidup.
Kematian seseorang itu juga bersebab supaya menjadi iktibar dan pedoman bagi yang hidup.
Walaubagaimanapun Allah akan beri tanda sebagai peringatan supaya dapat bersiap sedia untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Tapi hanya mereka yang beriman dan dipilih oleh Allah sahaja yang sedar akan kehadiran tanda2 tersebut.

Berikut adalah tanda2 akhir sebelum kematian. Ianya hanya boleh dijadikan rujukan atau panduan sahaja kerana mempercayai dengan bersungguh hati boleh menyebabkan syirik...

Tanda sebelum kematian :-

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar/bergetar.

60 hari : Pusat terasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Diuji dengan kesakitan, dari tak lalu makan terus berselera dan mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah terasa bergerak-gerak / bergetar dengan sendiri.

3 hari : Bahagian dahi terasa bergerak-gerak (bahagian tengah  atas sikit antara kening kanan dan kiri)

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

No comments:

Post a Comment