Tuesday 13 May 2014

Tanda-Tanda Gangguan Jin

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan  manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)

Berikut adalah senarai tanda-tanda gangguan makhluk halus:

1) Tanda-Tanda Ketika Tidur :
-Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
-Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
-Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
-Mimpi buruk yang menakutkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
-Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
-Mimpi melihat makhluk halus.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
-Mimpi melihat budak kecil (Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya).
-Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

2) Tanda-tanda Ketiga Jaga :
-Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
-Hilang ingatan (Gila).
-Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
-Lesu dan malas.
-Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
-Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
-Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi.Melihat sesuatu yang pelik.
-Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
-Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
-Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
-Jiwa lemah dan mudah mengalah.
-Selalu mengantuk.
-Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut.
-Mudah marah dan panas baran.
Hilang darah.
-Agresif dan bertindak liar.

Saturday 10 May 2014

Doa Penawar Bismillah 5

Bismillah 5 jika diamalkan boleh menyembuh semua jenis penyakit dengan izin Allah.

Cara menyediakan air penawar :
ambil wuduk kemudian duduk mengadap kiblat, letakkan air mineral dihadapan, buka penutupnya lepas tu baca
1. Bismillah 21x
2. Salawat 11x
3. Tadah tangan berdoa
4. Al fatihah 3x
5. Ayat qursi 1x
6. Al ikhlas 3x
7. Al falak 1x
8. An nas 1x
9. Doa bismillah5 7x

Pesanan :
*setiap kali lepas baca hembus pada air
*masa baca fatihah, lepas baca "iyya kanaq budu wa iyya kanas ta'in" niat dalam hati
*2 ayat terakhir ayat qursi ulang 3x atau 5x atau 7x satu nafas, sambil niat dihati
*Doa bismillah5 baca 7x, 1x baca dengan 1 nafas, habis baca niat dalam hati

Lepas selesai, letak air mineral jauh dari bunyi tv atau radio. Minum air paling kurang 3x iaitu pagi, petang dan malam. Sebelum minum baca bismillah dan salawat, lepas minum ucap alhamdulillah.
Selain dari minum air itu boleh juga disapu pada tempat yang sakit.

Saya ijazahkan kaedah rawatan ini pada mereka yang ingin mengamalkannya.

Thursday 8 May 2014

55 Sunnah Nabi Muhammad SAW

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. TIDAK JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Wednesday 7 May 2014

Malaikat2 Lain Serta Tugasnya

Selain dari 10 Malaikat yang wajib diketahui oleh semua umat islam, Namun ada beberapa nama malaikat yang disebutkan dalam Al Qur'an , hadits dan kitab-kitab.

Nama (panggilan) berserta tugas-tugas malaikat adalah sebagai berikut :

• Zabaniah
19 malaikat penyiksa dalam neraka yang bengis dan kasar.

• Harut dan Marut
Dua Malaikat yang turun di negeri Babil.

• Malaikat Disekitar Arsy
* Halamat Al 'Arsy - Empat malaikat pembawa 'Arsy Allah , pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi delapan.
* Malaikat Yang Melingkari 'Arsy - Para malaikat yang melingkari Arsy sambil bertasbih.

• Darda'il
Malaikat yang mencari orang yang berdo'a, bertaubat, minta ampun dan lainnya pada bulan Ramadhan.

• Hafazhah (Para Penjaga)
* Kiraman Katibin - Para malaikat pencatat yang mulia, ditugaskan mencatat amal manusia sewaktu manusia itu hidup di dunia hingga di alam barzakh, kemudian malaikat tersebut menjadi saksi disidang hisab di Mahsyar.
* Mu'aqqibat - Para malaikat yang selalu memelihara (menjaga) manusia dari kematian sampai waktu yang telah ditetapkan yang datang silih berganti.

• Malaikat Qarin
Para malaikat pendamping manusia dari lahir hingga ajalnya, bertugas membisikkan hal-hal kebenaran dan kebaikan.

• Malaikat Arham
Malaikat yang diperintahkan untuk meniupkan ruh, menetapkan rizki, ajal, amal dan celaka atau bahagia pada 4 bulan kehamilan.

• Jundallah
Para malaikat perang yang bertugas membantu nabi dalam peperangan.

• As-Sijilli
Malaikat yang memberitahukan kepada Harut dan Marut tentang makhluk yang pernah membuat kerusakan dan pertumpahan darah dibumi.

• Azh-Zhil
Malaikat yang mendampingi Nabi Ibrahim ketika berada dikobaran api.

• Ad-Dam'u
Malaikat yang selalu menangis jika melihat kesalahan manusia.

• An-Nuqmah
Malaikat yang selalu berurusan dengan unsur api dan duduk disinggasana berupa nayala api, ia memiliki wajah kuning tembaga.

• Ahlul Adli
Malaikat besar yang melebihi besarnya bumi besera isinya dikatakan ia memiliki 70 ribu kepala.

• Malaikat Berbadan Api Dan Salju
Malaikat yang setengah badannya berupa api dan salju berukuran besar serta dikelilingi oleh sepasukan malaikat yang tidak pernah berhenti berzikir.

• Ar-Ra'ad
Malaikat pengatur awan dan hujan, ia mengaturnya dengan menggunakan petir sebagai cambuk.

• Penjaga Matahari
Sembilan Malaikat yang menghujani matahari dengan salju.

• Malaikat Rahmat
Para penyebar keberkahan, rahmat, permohonan ampun dan pembawa roh orang-orang shaleh, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat `Adzab.

• Malaikat 'Azab
Para pembawa roh orang-orang kafir, zalim, munafik, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat Rahmat.

• Malaikat Penggiring
Para malaikat yang menggiring manusia di Mahsyar, malaikat itu bersama dengan malaikat penyaksi (Kiraman Katibin).

• Malaikat Pegunungan
Malaikat yang menjaga pegunungan.

• Malaikat Bayt Al-Makmur
70 ribu malaikat yang setiap hari masuk ke Bayt al-Makmur.

• Malaikat Penyeru Manusia
* Penyeru Bulan Ramadhan - Satu malaikat yang terus menerus memanggil manusia beriman untuk bergembira dan manusia jahat untuk menahan segala kejahatan ketika malam pertama bulan Ramadhan hingga fajar.
* Penyeru Dari Pintu-Pintu Surga - Para malaikat yang berseru kepada orang beriman untuk memasuki pintu-pintu tertentu tergantung dari amal ibadahnya.
*Penyeru Kebaikan Setiap Hari - Dua malaikat yang setiap hari berseru yang didengar oleh seluruh makhluk-Nya kecuali manusia dan jin.

• Malaikat Laylat Al-Qadr
Jibril dan serombongan malaikat yang turun setiap Laylat al-Qadr pada bulan Ramadhan.

• Malaikat Penjaga Mekkah Dan Madinah
Para malaikat yang menjaga Kota Mekkah dan Madinah dari kedatangan Dajjal.

• Penganjur Berbekam
Malaikat yang menganjurkan berbekam ketika Muhammad sedang mi'raj ke Sidratul Muntaha.

• Pengendali Tali Jahannam
70 ribu malaikat yang mengendalikan tali kekang Neraka Jahannam.

• Pendo'a Manusia (yang mendo'akan saudaranya)
Para malaikat yang berkata, "Aamiin (Ya Allah, kabulkanlah do'anya bagi saudaranya) dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan", kepada orang yang mendoakan kebaikan saudaranya tanpa sepengetahuan mereka.

• Penyampai Do'a Pujian
Dua belas malaikat yang berebutan untuk menyampaikan doa pujian salah seorang sahabat nabi kepada Allah.

• Penyaksi Wafatnya Nabi
70 ribu malaikat yang menyaksikan wafatnya Sa'ad bin Muadz.

• Pelindung Dan Pemberi Dukungan Orang Yang Beriman
Para malaikat yang pelindung orang- orang beriman ketika hidup didunia dan akherat, ketika orang beriman dalam keadaan sekarat mereka akan memberikan dukungan.

• Pembeda Hak Dan Bathil
Para malaikat yang ditugaskan untuk membedakan antara yang benar dan salah kepada manusia dan jin.

• Penentram Hati
Para malaikat yang mendoakan seorang mukmin untuk meneguhkan pendirian sang mukmin tersebut.

• Penjaga Pintu Langit
Tujuh malaikat yang menjaga tujuh pintu langit. Mereka diciptakan oleh Allah sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.

• Pemberi Salam Ahli Surga
Para malaikat yang memberikan salam kepada para penghuni surga.

• Pemohon Kerahmatan (Belas Kasih)
* Pemohon ampunan orang beriman- Para malaikat yang terdapat disekeliling 'Arsy yang memohonkan ampunan bagi kaum yang beriman.
* Pemohon ampunan manusia di bumi - Para malaikat yang bertasbih memuji Allah dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.
* Pemohon ampunan para lelaki yang sholat di masjid - Para malaikat yang mendoakan ampunan bagi para lelaki yang ikhlas salat berjamaah di masjid.
* Pemohon ampunan pembesuk orang sakit - 70 ribu malaikat yang mengiringi dan mendoakan ampunan bagi umat muslim yang membesuk orang sakit.
* Pemohon ampunan bagi orang yang bersholawat kepada Nabi - Para malaikat yang mendoakan ampunan bagi orang-orang yang bershalawat kepada Nabi Muhammad.
* Pemohon ampunan orang yang mengajarkan kebaikan - Para malaikat yang mendoakan ampunan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada sesama manusia.
* Pemohon ampunan orang yang tidur dalam keadaan suci - Para malaikat yang berada didalam pakaian orang tidur dalam keadaan suci.

• Penghormat Penuntut Ilmu
Para malaikat yang berhenti terbang karena ingin mendengarkan ilmuatau menghormati orang yang mencari ilmu pengetahuan.

• Pengatur Urusan Dunia
Malaikat yang mengatur urusan manusia didunia.

• Pendengar Bacaan Al-Qur'an
* Pendengar bacaan Qur'an manusia ketika sholat - Para malaikat yang mendengarkan dan menelan bacaan Qur'an ketika manusia sholat.
* Pendengar bacaan sahabat Nabi Malaikat yang mendengarkan bacaan Qu'ran Usayd bin Hudhayr.

• Pendo'a Orang Yang Berinfak dan Orang Kikir
Para malaikat yang berdoa setiap pagi dan petang untuk orang yang berinfaq dengan doa kebaikan dan penahan infaq dengan doa kehancuran.

Rujukan :
* Buku "membuka rahasia malaikat", Penulis : Ust.Abdul Ghani Asykur.
* Buku "rahsia malaikat dan keajaibannya", Penulis = Ilyas Mohamad Umar
* kitab Al Quran

10 Malaikat Yang Wajib Diketahui


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Maksud nama malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak yang berarti kekuatan
Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat
Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak
Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum
Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …” (QS. Al Baqarah : 177)

“Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya” (QS. An Nisaa’ : 136)

Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman, “Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya” (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu)

Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda, “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian” (HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)

Rukun iman dalam agama islam ada 6 (enam), salah satunya adalah iman kepada malaikat. Iman kepada malaikat artinya meyakini bahwa Allah SWT., memiliki malaikat-malaikat yang diciptakanNya. 

Ada 10 Malaikat yang wajib diketahui, sepuluh malaikat tersebut yaitu:

1. Malaikat Jibril
Bertugas menyampaikan wahyu Allah kepada para nabi dan rosul. Malaikat Jibril adalah penghubung antara Allah SWT dengan nabi dan rosul-Nya.
“Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang” (QS. At Takwiir : 23)
Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,“Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi” (HR. Muslim no. 177, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa).
Abdullah bin Mas’ud radhiyallaHu ‘anHu menjelaskan bahwa Nabi Muhammad ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam melihat jibril memiliki enam ratus sayap (HR. al Bukhari no. 4857)
berikut adalah 10 tugas-tugas malaikat jibril setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW ;
a. Mengangkat keberkahan dimuka bumi ini, orang tak ada lagi yg percaya namanya berkah.
b. Mengangkat cinta dihati para makhluk, maksudnya cinta yg suci karena Allah saja.
c. Mengangkat rasa kasih sayang dari para kerabat.
d. Mengangkat sifat rasa adil dari pemerintah.
e. Mengangkat sifat pemalu dari para perempuan ,sehingga mereka tidak tau malu lagi dengan dandanan mencolok.
f. Mengangkat sifat sabar dari fakir miskin.
g. Mengangkat sifat pemurah dari orang-orang kaya.
h. Mengangkat sifat Wara' ulama sehingga ia menjual agamanya sendiri untuk kepentingan pribadinya sendiri.
i. Mengangkat Al-Qur'an dari hadapan manusia (tidak ada lagi yg bisa membaca Al-Quran).
j. Diangkatnya Iman dari seluruh bumi, ini yg akan menyegerakan kiamat.

2. Malaikat Mikail
Malaikat Mikail bertugas memberi rezeki kepada manusia.
Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rezeki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya
“Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mika-il, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir” (QS. Al Baqarah : 98)
Bentuknya :
Berbulu Za'faron dari kepala hingga kedua tapak kakinya.Diatas setiap bulu-bulu itu,ada wajah (muka) sebanyak 1 juta wajah.Setiap 1 wajah ada 1 juta mata. Tiap-tiap mata akan sentiasa menangis memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa.Setiap mata akan menitiskan 7 ribu titisan air mata. Lalu setiap titisan itu Allah ciptakan satu malaikat serupa Mikail yang bernama Karuubiyyuun untuk membaca tasbih sampai hari Kiamat serta bertugas sebagai pembantu Israfil menjalankan tugas menyampaikan rezeki seperti memberi hujan,menjaga tumbuh-tumbuhan & buah-buahan. Setiap wajah tadi pula ada 1 juta mulut. Setiap mulut ada 1 juta lidah. Setiap lisan boleh mengucapkan 1 juta bahasa & membaca istighfar untuk orang-orang mukmin yang berdosa.

3. Malaikat Israfil
Malaikat Israfil bertugas meniup terompet sangkakala pada hari kiamat.
Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.
Bentuknya :
Berbulu dari kepala hingga kedua tapak kakinya. Banyak mulut & lidah.Warna dari mukanya kuning tua kerana getaran rasa takut pada Allah,yang selalu menghantuinya. Ia tertutup didalam beberapa dinding. Ia bertasbih dengan tiap-tiap lisan,dengan seribu bahasa. Ia ada tentera banyak 1000 malaikat yang dijadikan darinya pula. Mereka itu adalah malaikat Muqorrobin (yang dekat) dengan Allah.
Saiznya :
Kalau seluruh air laut & air sungai disiramkan atas kepalanya,takde setitis pun yang akan jatuh kebumi.
Jumlah sayap : Ada 4
Sayap pertama panjangnya sampai kearah barat, sayap ke-2 sampai kearah timur, sayap ke-3 menutupi badannya & yang ke-4 menutupi kepalanya.

4. Malaikat Izrail
Malaikat Izrail bertugas sebagai pencabut nyawa.
Bentuknya :
sama seperti Mikail baik wajahnya, lisannya,sayapnya,besarnya & kekuatannya. Tapi ia diberi kemampuan untuk membolak balikkan dunia. Malaikat 'Izrail selain dibentengi beberapa lapis rahsia Allah,ia juga diikat dengan 70 rantai. Panjang tiap rantai macam parjalanan seribu tahun. Kerana tempatnya yang amat rahsia itu,takde satupun malaikat yang boleh mendekati atau mengetahui tempat & perbuatannya. Malah takde satu malaikat pun yang dapat mendengar suaranya.

5&6. Malaikat Munkar & Nakir
Malaikat Munkar dan Nakir bertugas menanyakan dan melakukan pemeriksaan manusia di alam kubur tentang amal perbuatan mereka saat masih hidup.
“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)
Bentuknya :
Kedua-duanya hitam. Mata mereka mempunyai pandangan yang amat menakutkan. Suara mereka seperti petir yang menyambar. Taring mereka boleh menggali bumi. Dalam sebuah hadits yang lain menyebutkan,mata mereka macam belangga-belangga tembaga. Dan taring mereka seperti tanduk-tanduk sapi.Suara mereka macam halilintar. Mereka membawa tongkat besi. Kalau suma orang haji di Mina berkumpul & cuba mengangkatnya,nescaya tak berdaya mereka semua mengangkatnya.

7&8. Malaikat Raqib & Atid
Malaikat Raqib bertugas mencatat segala amal baik yang dilakukan manusia.
Malaikat Atib bertugas mencatat segala perbuatan buruk yang dilakukan manusia.
“Maa yalfizhu min qaulin illaa ladayHi raqiibun ‘atiidun” yang artinya “Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf : 18)

9. Malaikat Malik
Malaikat Malik bertugas menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Allah Ta’ala berfirman, “Mereka berseru, ‘Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja’. Dia menjawab, ‘Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)’. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu” (QS. Az Zukruf : 77-78)

10. Malaikat Ridwan
Malaikat Ridwan bertugas menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.

Dari nama-nama malaikat di atas ada beberapa yang disebut namanya secara spesifik di dalam Al Qur'an, yaitu
Jibril (QS 2 Al Baqarah: 97,98 dan QS 66 At Tahrim: 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah: 98) dan Malik (QS Al Hujurat) dan lain-lain. 
Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.

Rujukan :
* Buku "membuka rahasia malaikat", Penulis : Ust.Abdul Ghani Asykur.
* Buku "rahsia malaikat dan keajaibannya", Penulis = Ilyas Mohamad Umar
* kitab Al Quran