Sunday 10 August 2014

Yasin 7 Mubin

KAEDAH MEMBACA YASIN 7 MUBIN

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.

A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir. “Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.

B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
Baca Yasin sehingga di Mubin pertama (ayat ke 12) dan berdoa - ulang ayat tersebut 3x.
Sambung bacaan sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa - ulang ayat tersebut 3x .
Sambung bacaan sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa - ulang ayat tersebut 3x.
Sambung bacaan  sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa - ulang ayat tersebut 3x.
Sambung bacaan sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa - ulang ayat tersebut 3x.
Sambung bacaan sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa - ulang ayat tersebut 3x.
Sambung bacaan sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77) dan berdoa - ulang ayat tersebut 3x.
Teruskan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 21 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.

Wallahhu aklam...